Assalamualaikum
Rasanya bulan April ni dah reda sikit pasal Spicy Korean Noodle Challenge. Herhh! kiteorang pun boleh terjebak sama dengan budak-budak nih. Sebenarnya balik Boracay aritu, bukak Youtube untuk create YouTube channel. Konon-konon nak upload semua video travelogue. Tapi biasalah YouTube, cadangan video - paling hot minggu tersebut ialah video seorang awek nama Asyalliee tengah buat Fire Noodle Challenge. Lepas tengok mulalah terliur sama dan teringin nak try jugak! Pedas sangat ke ramen tu? Yang penting ada cop HALAL pulak tu.
Kat mana dapat Samyang Hot Chicken Flavor Ramen bertanda HALAL ni? Korang takkan jumpa di Family Store ataupun Econsave. Bertuah kalau jumpa di Giant mahupun TESCO. Cari kedai-kedai runcit sampai bila pun takkan jumpa. Kene cari di Jaya Grocer atau AEON Supermarket. Empire Subang ada. AEON MAll Seksyen 13 Shah Alam pun ada. Ramen ni memang laku keras. Letak pagi, tengahari sold out. Yang ni suami jumpa di Jaya Grocer Subang Empire. Yang jenis paket (ada 5) dijual dengan harga RM25 sepaket. Paket ni letak pagi tengahari dah abis. (Yang takde cop halal ade je sampai ke petang). Petang balik keje tinggal yang cup aje.
Maka Spicy Korean Noodle Challenge pun bermula,

Cup harga RM6 ++

Tersenarai antara Ramen (Instant Mee) TERPEDAS di dunia




Step by step

Buh telur rebus sebiji (lauk tambah) =P PASTIKAN ramen uols berlabel HALAL
Suami memang HANTU PEDAS! Jadi mehla kita TEST LEVEL KEPEDASAN dia.
Hoi, cool dan tenang je dia makan RAMEN TERPEDAS di dunia tu. Coiii betul. Tak minum air langsung. Azie try jugak hujung sudu. Terus kebas lidah. Pedas tapi sedap.
Kat bawah ni info halal Samyang Noodle ni

Dari FB Page: Halal JAKIM

Pengesahan dari pihak KMF (Korea Muslim Federation)

Halal cert dari KMF (Kredit: Farah Lee FB)

Dari FB Page: Farah Lee
Korang kenal kan siapa Farah Lee tu. Dia isteri penerbit & pengacara TV3 Ally Iskandar. Pernah menuntut di Korea. Mujurlah ada penerangan dari Farah Lee. Setelah baca semua di atas baru rasa yakin dan berani try mee segera terpedas di dunia ni. Hiks.
Mee segera Korea ni memang payah dan memang TAK JUMPA yang berCOP HALAL kalau di Korea. Selama 11 hari berada di Korea memang jenuh duk cari Shim Ramyun Noodle Soup bercop HALAL di Jeju, Myeongdong, Itaewon dan merata-ratalah. Memang NANHADO. Yang ado Pringles cop HALAL JAKIM (import dari Malaysia). Kunyah jerla Pringles tu berbotol-botol buat alas perut. Dah sampai ITAEWOON baru dapat makan bercop halal dengan unlimited. Hiks. Rupanya cop HALAL ramen memang untuk eksport sahaja. Untuk LOCAL KOREAN tiada cop HALAL.
Link bawah ni antara Ramen yang ada cop halal. Yang nak pi Korea, boleh beli then angkut pi Korea. Hihi. Barulah feel makan Ramen kat Korea kan.
HALAL SHIN RAMEN
HALAL KIMCHI RAMEN
Errrrk, korang dah try ke ramen terpedas ni?

pedas sampai pijar perut dibuatnya!
ReplyDeletePastu cirit birit tak?
Deletenak kene try jugak ni .. sat lagik nak pi jaya grocer.. harap2 ada la
ReplyDeleteada tak kat Jaya Grocer semalam. Dah try?
Deletewah ramai yang buat challenge ni kan. tak sanggup, seram rasanya pedas pedas ni. eh bukan kata tak sihat ke? diarrhea? nanti makan pedas lagi teruk T_T
ReplyDeleteEh, ni suami je yang makan. Kita rasa hujung sudu je. Ada 1 cup lagi reserve for me. Tunggu sihat cirit birit nanti buat cabaran untuk diri sendiri pulak!
Deleteready stock - Ramen Samyang Korea -HALAL-
ReplyDeleteready stock - Ramen Samyang Korea -HALAL-
ReplyDeleteTQ for information.☺
ReplyDeleteKat giant Shah alam ade x ??
ReplyDeleteInsyaAllah ada. Sekarang ni samyang korea mudah didapati. Merata-rata ada. Giant, tesco, Aeon, jaya Grocer dll kebanyakkan nya ada.
Delete